MALANG bagi seorang bakal pengantin perempuan apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke parti bujangnya, hujung minggu lalu.
Lebih menyedihkan, Collette Moreno, 26, baru beberapa minit mengambil gambar ‘selfie’ bersama pemandu yang juga sahabat baiknya, Ashley Theobald, 26.
Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan ke Tasik Ozarks, Missouri untuk parti tersebut.
Theobald yang cedera ringan memberitahu, dia cuba memotong sebuah lori yang mengeluarkan asap yang banyak sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap.
“Moreno ada asma yang teruk dan dia terbatuk-batuk. Jadi saya mengambil keputusan untuk memotong lori tersebut,” katanya.
Dia yang juga bakal pengapit Moreno tidak menyangka rakannya itu akan maut kerana wanita itu dilihat masih mampu menganggukkan kepala ketika Theobald bertanyakan keadaannya.
Sementara itu, tunangnya, Jesse Arcobasso, 28, memberitahu mereka sepatutnya berkahwin bulan hadapan di Jamaica dan persiapan sedang rancak dilakukan.
Ibu Moreno pula masih belum mampu menerima hakikat kematian anak perempuannya itu dan menyatakan ia seolah-olah mimpi ngeri buat mereka.
Oleh: ELZA
(Sumber: Huffington Post)
0 comments:
Post a Comment