Sebaik sahaja tersebar berita remaja OKU 15 tahun dikurung ibu sendiri dalam keadaan menyedihkan, ramai yang berminat hendak ‘berkenalan’ lebih dekat dengan ibu terbabit.
Apabila akaun Facebook ibu remaja terbabit diketahui umum, apa lagi ramailah yang datang menyerang di samping mengorek cerita di akaun tersebut.
Kemuncaknya, akaun Facebook Imashima Lola ini akhirnya digodam oleh kumpulan hacker yang dikenali sebagai RilekCrew.
Penggodam ini kemudiannya memuatnaik beberapa status kelakar dan pada masa sama menyindir. Antaranya:
“Penuh notification Lola ngan friend request dan komen.. Lola nak main game Candy Crush pun tak senang” beserta hashtag #biar_anak_terabai_asalkan_candy_crush_dpt_main_hari2_hewhewhew.
Bagaimanapun, pemeriksaan terbaharu kami mendapati akaun Facebook Imashima Lola kini tidak lagi aktif.
Apa pun, semoga perkara ini menjadi pengajaran bukan sahaja buat ibu remaja OKU terbabit tetapi semua orang.
Dalam dunia di mana maklumat berada di hujung jari pada hari ini, semakin susah sesuatu perkara itu hendak disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Apabila kita tampil dengan kisah sedih tak cukup duit misalnya, orang akan mula membandingkan sama ada apa yang dikatakan itu setara dengan gaya hidup yang dipos di laman sosial.
Oleh: REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment