Sepasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa gagal melakasanakan niat tersebut akibat “dihalau” oleh Air Asia.
Air Asia enggan membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam tadi atas alasan wanita terbabit sedang mengandung 7 bulan.
Menurut seorang pengguna Facebook mempersoalkan mengapa pasangan ini dibenarkan oleh Malaysia Airlines untuk terbang selama 5 jam dari Seoul, Korea ke Kuala Lumpur tetapi dihalang oleh Air Asia yang perjalanan mereka hanya memakan masa sekitar 40 minit?
Di KLIA 2 malam ini sepasang suami isteri dan anak kecil sedang berjuang pertahankan hak mereka setelah dihalau keluar dari kapal terbang tambang murah “terhebat di dunia” . Mereka segera pulang dari Seoul ke Kuala Terangganu bila mendapat berita kematian bapa si isteri. Perjalanan dari Seoul ke KL menaiki MAS selama 5 jam berjalan lancar.
Di KLIA Mereka melepasi semua kawalan keselamatan pihak berkuasa airport. Malangnya dihalau keluar dari kapal terbang oleh pilot atas alasan si isteri mengandung dan akan masuk 7 bulan, kesian melihat pasangan ini yang tak sempat menatap wajah arwah bapa yang telah dikebumkan.
Apalah sangat perjalanan 40 minit ke KT berbanding 5 jam yang dibenarkan oleh MAS.. Untuk itu walaupun MAS rugi, pujian saya pada staf MAS yang punyai rasa kemanusiaan yang tinggi.. Tahniah.
Dan ini cara jawapan yang diberikan oleh salah seorang Air Asia mungkin!
0 comments:
Post a Comment