Wawa Zainal mengakui berat badannya semakin kurus gara-gara menjaga anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, yang kini berusia enam bulan.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, berkata, berat badannya yang sebelum ini 48 kilogram turun mendadak kepada 40 kilogram dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja dan ini membuatkan wajahnya turut dilihat lebih cengkung.
"Anak tengah aktif sekarang ini. Berat badan saya turun lapan kilogram gara-gara menjaga anak.
"Badan terlalu penat juga membuatkan saya susut mendadak. Risau juga sekiranya ia menganggu kesihatan saya. Bagaimanapun Alhamdulillah, saya sihat seperti biasa," katanya kepada mStar Online.
Tambah Wawa, memandangkan dia kini kembali sibuk sebagai pelakon, dia bersyukur kerana ibunya sudi membantu menjaga anaknya itu ketika dia keluar bekerja.
Kata Wawa, Ahmad telah mengajarnya banyak perkara dalam menjadi seorang ibu, malah dia turut menyedari bahawa sikapnya yang sebelum ini sedikit keanak-anakan kini lebih matang.
"Rasanya sekarang ini saya lebih matang dan perubahan itu berlaku selepas saya bergelar ibu.
"Alhamdulillah, mempunyai anak memberi banyak nikmatnya dan pada masa sama mengubah seseorang wanita itu menjadi lebih matang tanpa kita sedar," ujarnya.
Wawa kini bernaung di bawah syarikat pengurusan suaminya, Aeril Zafrel, 26, iaitu Respected Citizen Communication.
Selain itu Wawa juga kini menjadi duta kepada sebuah butik pakaian muslimah iaitu Minaz Boutique sejak Januari lalu.
0 comments:
Post a Comment