Bekas isteri Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan berharap isu Nora Danish kononnya menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian mereka sebelum ini diharap tidak lagi diperbesarkan. Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Bee Khan berkata, dia gembira dengan perhubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak kecilnya iaitu Mohamed Nedrin atau dipanggil Dre turut […]
Bekas isteri Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan berharap isu Nora Danish kononnya menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian mereka sebelum ini diharap tidak lagi diperbesarkan.
Nabilah Khan bersama anaknya, Mohamed Nedrin, hasil perkahwinannya dengan Nedim. – Foto dari Instagram Nabilah
Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Bee Khan berkata, dia gembira dengan perhubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak kecilnya iaitu Mohamed Nedrin atau dipanggil Dre turut bahagia di samping Nora.
“Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama.
“Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia,” katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Nora Danish benar-benar kecewa apabila dituduh menjadi punca perceraian Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila ada individu menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu dalam Instagram miliknya.
Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.
Sementara itu, Bee Khan berharap penjelasan yang diberikan di Instagram dapat meleraikan kontroversi tersebut.
“Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai.
“Diharap penjelasan yang diberikan dapat meleraikan isu ini,” ujarnya.
Dalam pada itu Nora Danish turut memberi komen dalam status dimuat naik Bee itu turut melahirkan rasa syukur dengan penjelasan berkenaan.
Nedim Nazri dan Nabilah Khan berkahwin pada 2011 dan dikatakan bercerai dua tahun kemudian.
Pemuda itu kemudiannya menjalinkan hubungan bersama Nora yang juga seorang janda anak satu. mStar
0 comments:
Post a Comment