ALHAMDULILLAH. Itulah ungkapan paling sesuai untuk penyanyi yang juga isteri kepada komposer Julfekar iaitu Min Yasmin yang kini mengambil keputusan untuk bertudung.
Memetik laporan Media Hiburan Online, keputusan itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya dia sendiri yang mahukan perubahan itu.
“Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min,” katanya.
Sementara itu, Julfekar turut berkongsi kegembiraannya tatkala melihat perubahan isterinya itu.
Menurutnya, Min tampak lebih manis dan dia mengharapkan agar isterinya akan kekal bertudung hingga ke akhir hayat.
Diharap sempena kedatangan Ramadhan ini, semakin ramai selebriti yang akan mengambil keputusan untuk berhijab nanti.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment