Pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan baru-baru ini ternyata mengegar dunia hiburan. Mana tidaknya, Rita mendakwa Aidil takut pada isterinya, Zarema Zainal. Pendedahan yang dilakukan Rita kononnya adalah makluman daripada Aidil sendiri yang sekaligus membawa makna, Aidil mengadu kepada bekas isterinya mengenai isterinya sekarang.
Namun hari ini menerusi Berita Harian, Aidil mempersoalankan motif Rita Rudaini membuat pendedahan sebegitu. Kata Aidil:-
Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apa tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami (Aidil dan Zarema) tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.
Tiada penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh Aidil mengenai pendedahan bekas isterinya itu. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Hal-hal rumah tangga jangan dijaja kepada orang ramai. Kita sebagai suami isteri patut selesaikan sesama sendiri. Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang hanya memberi kebenaran untuk dirinya menjenguk anak seminggu sebelum berkahwin.
Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.
Rita mengadu kepada media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang.
Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanya soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka.
Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya seminggu sebelum saya berkahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.
Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka.
Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita.
Apabila saya bertanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya.
Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya.
Pening kepala. Bila baca kenyataan Aidil, rasa macam Aidil betul. Bila baca kenyataan Rita, rasa macam Rita betul. Kebenarannya? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tak apalah. Hal ini, mereka berdua sepatutnya lebih tahu siapa yang benar siapa yang bersalah. Jangan bergaduh sehingga tanggungjawab terhadap anak terus diabaikan sudahlah. Harap cepat-cepat berdamai untuk kebahagiaan semua pihak.
0 comments:
Post a Comment