Thursday, 17 April 2014


Gaji adalah faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sewaktu memohon pekerjaan. Baru-baru ini, Jobstreet.com telah melakukan suatu kajian dan menyenaraikan 10 sektor yang mendapat bayaran gaji tertinggi mengikut peringkat pekerjaan.

Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung kepada bidang teknikal atau berasaskan sains . Calon-calon di peringkat eksekutif dengan pengkhususan dalam bidang Perubatan, Kejuruteraan, Kewangan dan IT umumnya memperoleh di atas gaji purata sebanyak RM 2,800. Bagi peringkat pengurusan dan ke atas, pengkhususan seperti IT, Sains, dan Kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)

1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor (RM 2 719)

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6. Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)

Eksekutif Junior

1. Doktor (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4. Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)

Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejeruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai (RM 4721)

Pengurus (Managers)

1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan -Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan -Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)

Pengurus Senior (Senior Managers)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan -Elektrik (RM 16 503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

* Senarai adalah berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada JobStreet.com dari 1 Januari – 31 Ogos 2013.

* Keputusan kajian diterbitkan pada 15 Januari 2014

Wednesday, 16 April 2014


USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN USTAZ DON DANIYAL | Video yang disebarkan Nur Puteri Dayana yang bertajuk KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL mendakwa Ustaz Don Daniyal berdusta dan menyebarkan hadith palsu dalam ceramahnya.

Artikel sebelumnya: ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL
Namun, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.

Apa pula kata Ustaz Mustaffa Kamal?

Jom kita baca.

"Orang bertanya tentang Ustaz Don pada ustaz. Ustaz kata " Ustaz Don lebih alim daripada ustaz. Mengenai cerita yang diceritakan oleh Ustaz Don memang ada dalam kitab2 lama, ustazpun ada baca kisah tu tercatat dalam kisah2 aulia, jangan cepat kata cerita palsu,lagipun kisah2 orang soleh yg utamanya kita ambil iktibarnya.Cukuplah anta cari kitab2 yg dikarang oleh Syeikh Abdul Ar Rahim Fathoni dan Syeikh Uthman bin Hassan.InsyaAllah ada kisah ini dalam kitabnya.Kedua2 ulama ini orang soleh dan nak karang kitab solat taubat dan sunat hajat sbb tu kitab mereka ada barakahnya".
"Ustaz tak berani nak tuduh orang sembarangan apatah lagi ustaz tahu keadaan ustaz yg jahil, Siapa yg kata pada ustaz Don tu, dia tu org alim ke".
Jawabnya "Dok lah malas nak kabar la ustaz".
"Kalau macam tu jgn kabor ke ustaz sbb ustaz tak nak tahu".



Ustaz Don.

Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.

Bagi saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliau sudah mula bercerita tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.

Pada saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara. Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang diberi.

Lain-lain kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.

Kepada yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.

Sekian pesanan saya.....

Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.

Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.



Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.


Video yang di muat naik oleh seorang wanita [ cuba menjatuhkan]


Tuesday, 15 April 2014


PERHATIAN kepada semua yang mempunyai akaun KWSP! Kebanyakkan dari kita apabila mula bekerja di mohon supaya mengisi borang KWSP. Tetapi tahu kah kita apa baiknya untuk kita. Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia. 

Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli. Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

sumber dan maklumat lanjut :

Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.




SAYANG SERIBU KALI SAYANG!!! Akhirnya Ke Lokap Jua.....
Hmm.....cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar......

Aduhai.... Sayangnya harapkan muka aje yang comel molek, tapi mulut dan hati busuk!!!

Kalau dah buat salah, akui dan terima saje akibatnya. Tak perlu la menuding jari dan mempertikaikan kerja orang lain. Apatah lagi untuk menghina dan memburuk-burukkan pekerjaan orang lain.

Takkan la dah lupa kepada slogan " SAYA YANG MENURUT PERINTAH?"

Tahu tak menghina polis atau mana-mana pegawai kerajaan ketika mereka menjalankan tugas adalah satu kesalahan?


Takkan polis trafik tak boleh jalankan kerja dan keluarkan saman bila sesuatu kesalahan dilakukan?Apakah semua polis trafik rasuah? Adakah kerjanya hanya menahan orang tanpa sebab dan memeras ugut untuk dapatkan wang untuk elakkan saman tanpa sebab?

Kalau tak salah kenapa perlu takut? Tak perlu lah marah-marah kalau saman dikenakan kalau benar-benar melakukan kesalahan. Polis pun hanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Mereka juga manusia dan punya hati dan perasaan. Jadi, fikirlah dulu sebelum suka-suka nak maki dan menuduh yang bukan-bukan.



Butir Peribadi (Ada yang tidak dikongsikan di sini)

NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN,
28 THN,
PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
BEAUFORT, SABAH
HANDPHONE SAMSUNG S4 DAN PERALATAN KOMPUTER DELL

smh.com melaporkan bahawa seorang ibu bernama Inez Ramires Perez tinggal di sebuah rumah kabin di pergunungan Mexico Selatan . Kerana tinggal di dataran tinggi , tidak banyak tetangga yang berdekatan dengan rumahnya . Sebahagian besar perlu melalui perjalanan cukup jauh untuk sampai ke rumah jiran lain .



Hari itu , dia sendirian di rumah dengan seorang anaknya berusia 6 tahun , bernama Bonito . Mendadak perutnya terasa sakit dan dia tahu bahawa dia hendak melahirkan . Malangnya , beberapa tahun sebelumnya , dia mempunyai pengalaman buruk soal melahirkan . Anaknya meninggal sebelum sempat dilahirkan akibat kesukaran melahirkan secara normal .

Matahari sudah terbenam beberapa jam lalu . Klinik berdekatan berada 80 km jauhnya dan perlu melalui jalan curam . Suaminya masih belum pulang dan dia tak punya telefon untuk menghubunginya .

Nekad melakukan operasi caesar sendiri

Tepat tengah malam. 12 jam menahan rasa sakit , ibu berusia 40 tahun ini tidak mampu bertahan lagi. Duduk di sebuah bangku kayu yang rendah , dia kemudian mengambil botol arak dan minum beberapa teguk . Dia kemudian mengambil pisau dan mulai menghiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm .

Dengan bantuan cahaya malap dari mentol kecil , Inez Ramirez memotong kulit perut , lemak dan ototnya . Dia berhenti sebelum mencapai rahim dan menarik keluar bayi lelakinya sambil menahan rasa sakit . Kemudian, memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan pengsan .

Hari itu , 5 Mac 2000 , seorang bayi lelaki yang sihat dan diberi nama Orlando Ruiz Ramirez dilahirkan dengan operasi caesar berjaya oleh ibunya sendiri .

" Aku tidak boleh lagi menahan sakit , " katanya . " Dan jika bayiku mati , maka aku memutuskan lebih baik aku mati dengan cuba menyelamatkannya . Aku berharap dia boleh membesar dan boleh melihatnya dewasa . Aku berfikir bahawa saat itu Tuhan yang menyelamatkan hidup kami berdua .

Dalam keadaan yang sihat

Walaupun tidak ada saksi yang melihat proses melahirkannya , dua doktor yang memeriksa keadaannya dan bayinya sepenuhnya yakin bahawa mereka dalam keadaan baik.

Sebenarnya , Dr . Honorio Galvan dan Dr . Jesus Guzman sangat terkejut dengan apa yang didengarnya . Namun , ini adalah sebuah keberanian terpuji. Proses melahirkan ekstrim ini mendapat perhatian apabila dilaporkan dalam International Journal of Ginekologi dan Obstetrik .

Inez Ramirez meneruskan ceritanya , di mana selepas dia melakukan operasi pada dirinya sendiri . Sekitar satu jam kemudian dia sedar dan membungkus perutnya dengan sweater agar perdarahannya berhenti lalu meminta anaknya untuk mencari bantuan . Beberapa jam kemudian , pekerja kesihatan menemui Inez sedang berbaring menahan rasa sakit di samping bayinya .

Petugas kesihatan itulah yang kemudian menjahit luka sayatan dengan jahitan sepanjang 17 cm dengan jarum dan benang biasa . Dengan tambahan bantuan dari petugas kesihatan lain , kemudian Inez dan bayinya dibawa menggunakan kereta kuda ke bandar dan merawatnya di klinik kesihatan .

Kisah ini adalah sebuah kisah keberanian seorang ibu dalam memperjuangkan anaknya . Sekaligus menunjukkan betapa besar cinta dan pengorbanan seorang ibu . Mari selalu hormati dan hargai apa yang telah dikorbankan ibu untuk kita .

Monday, 14 April 2014

Gambar Ana Dahlia dan kekasih mandi sabun - Difahamkan pelakon Ana Dahlia dan teman lelakinya, Ubai Zulkiflee telah bercuti di kota Bangkok, Thailand baru baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.


Pasangan ini memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti bersempena dengan sambutan festival Songkran atau Tahun Baru Thai di seluruh Thailand yang jatuh sekitar 13–15 April setiap tahun. Mereka nampak bahagia bercuti bersama terutamanya ketika mandi sabun di sana.


Faktanya, wanita adalah lebih ramai daripada lelaki didunia ini. Lebih ramai maknanya, ramailah yang membujang sebab tak ada lelaki yang sesuai atau lelaki itu sendiri buat hal sampai wanita-wanita comel tak nak berlakikan korang?..


Wanita cantik ini sanggup hidup membujang daripada menghabiskan hidup dengan lelaki perokok..jadi, bagi yang merokok tu..

BERHENTILAH!! bukan susah pun..tak ada faedahnya merokok ni..

Kesian ramai wanita hidup membujang kerana tabiat buruk korang tu...

Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital | Kami ifahamkan pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital pagi tadi menurut sumber akhbar Mstar Online. HM tertanya-tanya apa punca beliau dikejarkan ke hospital.. apa penyakitnya..? huhu apapun semoga Syamsul cepat sembuh.. baca penjelasan sebenar ibu Syamsul di bawah...


Hanya beberapa hari lagi sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi.

Menerusi mStar, ibunya, Datin Patimah Ismail memberitahu, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi."

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti."

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Admin harap Syamsul kembali sihat secepat mungkin. Ramai peminatnya yang tidak sabar-sabar lagi beliau bersanding di atas pelamin.
 

Pada sidang media di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu, Rozita Che Wan telah menarik minat para wartawan dengan sandal yang dipakainya.

Memetik laporan Mstar Online,sandal yang dipakai Rozita,41,atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu, sandal tersebut merupakan hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

Sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilauan emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti di pakai bagi memadankan dengan baju rekaan Kudin yang dipakai pada hari tersebut.





"Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.



Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.



"Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.



Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.



Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.



"Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.


Sunday, 13 April 2014


Kematian 8 saintis terbaik China.
Hanya kematian yang boleh menghapuskan bukti-bukti kejadian..



Persembahan yang sangat2 mengujakan..
Namun, sesuatu yang tidak dijangka bakal berlaku kelak antara US, Australia, China, Russia, Ukraine, Israel dan juga MALAYSIA!!

Nak tahu selanjutnya, teruskan menonton video ini dan sebarkan seberapa banyak yang boleh.



Reaksi Erra Fazira setelah bekas suami, Engku Emran pujuk guna Instagram | Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu. 

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. "Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.

Pada Sabtu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah. Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu. 

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra. Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.



Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran. "Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. "Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007. -Mstar


Dengan kebanjiran restoran dan gerai makan yang menyediakan pelbagai lauk pauk yang memikat selera kita, tapi dalam diam tak diam, ramai juga pemilik yang melakukan perkara yang melanggar landasan agama dengan mencari pelaris-pelaris dengan bantuan syaitan dan jin.

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42) 

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)



Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar-benar mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :

“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Sumber: AnakMuaalaf
Borang permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan ke UPU bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

upu


Pengumuman Terkini
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM/ STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015 Online
Panduan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
Calon terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.
Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf
  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf
STPM (Kategori A, S)
  • Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
  • Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.
Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
  • Kategori E • Aliran Sastera.
  • Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)
  • Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja
Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  •  Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  •  Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Syarat Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
    Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Tarikh Tutup Permohonan
  • 7 April 2014
Semakan Keputusan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
  • May 2014
Pendaftaran Pelajar Baru
  • 25 May 2014
10 GAMBAR JELMAAN HANTU Yang Pernah Menggemparkan Negara Dahulu Hingga 2012 | Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.



2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka. 

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap 

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers. 

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan 

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok. 

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal 

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini. 

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan 


Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka. 

7. Pocong Di Kawasan Kilang 


Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit. 

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada 

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud. 

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin 

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam. 

10. Wanita Kebaya Merah 

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua. Kisah di mana seorang lelaki gagal untuk masuk ke Masjidil Haram. Beberapa kali mencuba untuk memasuki Masjidil Haram tapi tetap sahaja tidak boleh.

Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din..



Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan.

Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya.

Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan.

Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya.

Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

## Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.. insyaAllah - Gambar Hiasan

Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.

"Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan.

"Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya.-Hmetro

Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
Kuasa apa yang ada pada gambar? Gambar berkuasa untuk menerang segala-galanya....korang tak caya? Jom kita tengok........

























Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!