Gambar Ngeri 4 Pelajar Unitar Maut Kemalangan Viva dan Lori | Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Thomas Loh (pemandu), Koh Suet Mun, Wong Pei Pei dan Ling Yok Sue. Masing-masing berumur dalam awal 20an.
Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan akibat gagal memotong sebuah kenderaan. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.
“Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini. “Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh bahagian kiri depan lori berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan. “Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan. “Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.
Sumber: Harian Metro Online
0 comments:
Post a Comment