Penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan berbungkus dengan kain cadar di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak semalam menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan Azman Abd. Lah, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu sekitar jam 8.45 pagi.
“Ketika ditemui, mayat itu dibungkus dengan sehelai cadar bercorak bunga warna ungu cair. Bahagian kepala dan kaki mayat itu diikat seolah-olah sudah dikafankan.”
Tambah Azman, berdasarkan kepada mayat yang masih sempurna dengan hanya mulut berbuih, mangsa mungkin baru meninggal dunia semasa ditemui pagi tadi.
“Polis tidak menolak kemungkinan, lelaki itu mati di tempat lain tetapi mayatnya diletakkan di situ. Polis juga tidak menemui sebarang dokumen bersama mayat tersebut.”

Azman turut memberitahu, pemeriksaan polis pada mayat yang tidak memakai pakaian itu tidak menemui kesan kecederaan di badan mangsa.
Justeru, polis setakat ini mengklasifikasi kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
0 comments:
Post a Comment